Di sini juga terdapatnya soalan kuiz untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dicipta oleh Cikgu Soh.
Tulis satu simpulan bahasa berdasarkan gambar yang diberikan. Maksud simpulan bahasa tersebut juga diberikan.
Simpulan bahasa: Batu api
Maksud: Orang yang suka menghasut
Simpulan bahasa: Durian runtuh
Maksud: Mendapat sesuatu keuntungan secara tiba-tiba
Simpulan bahasa: Kacang hantu
Maksud: Orang yang suka mengusik orang lain / buat kacau
Simpulan bahasa: Ketam batu
Maksud: Kedekut / Lokek
Simpulan bahasa: Kucing bertanduk
Maksud: Perkara yang tidak mungkin berlaku
Simpulan bahasa: Kutu Embun
Maksud: Orang yang suka merayau pada waktu malam
Simpulan bahasa: Menara gading
Maksud: Universiti
Simpulan bahasa: Muka tembok
Maksud: Orang yang bermuka tebal
Simpulan bahasa: Mulut murai
Maksud: Orang yang mulutnya becok / banyak cakap
Simpulan bahasa: Sehelai sepinggang
Maksud: Miskin dengan tinggal hanya pakaian yang dipakai
MARILAH KITA BELAJAR KATA KERJA
Terdapat 27 kata kerja dalam video ini. Pelajarilah dengan hati yang terbuka.